Apai 012-2448757

About APAIPICTURES

My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos. It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support. E-mail : admin@apaipictures.com Mobile : +6 012 244 8757

[Event] MyWomen Connect

March 29th, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

This is an entry for a collection of images from an event last week. There was an internal ladies event organized at my office and one of my friend being appointed as a committee. She asked my help to cover the launching ceremony for a program called as ‘MyWomen Connect’.

MyWomen Connect act as an organization or club that manage a feminine activities such as healthcare, beautycare, financial talk,family management, dance class and so on. I’ve been thinking ..what about “MyMen Connect” ??? hmm, ok forget it !!

A postnatal speech during this event was such a bonus for me. This kind of knowledge will be useful for me later since I’m going to be a father soon. Please pray for my wife and baby’s health..InsyaAllah, we are excited to wait for our baby this coming September.

This will be a last entry for several weeks because I’m going to visit my dear wife tomorrow..My flight depart on afternoon and it will takes a looong 8 hours journey before I can hug and kiss her. Actually, this is my first visit since I know she is pregnant and I’m very dissapointed for not being by her side all this while. We had to sacrifice for our future and this situation apparently makes our relation stronger. We strongly believed that Allah knows what is best for their slaves.

A special thanks to Sabrina for inviting me and also my collegue, Bobby for keep me accompany.
Ok..let enjoy those pictures…

“Keep Giving & Smiling”

[travelog] Kuala Kangsar & Taiping

March 28th, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini entri sekuel drp entri Hawe & Syahir sebelum ni..

Sebenarnya untuk majlis diaorg ni, aku bawak sekali mak ayah mertua dan 2 org adik ipar. Majlis nikah Hawe buat hari Jumaat dan kami bertolak sehari awal. Kebetulan cuti sekolah kan dan mertua pun takde buat ape..bila ajak pun diaorg ON je..so bwk la sekali. Terima kasih Hawe sbb carikan homestay yang selesa buat kami.

Awal pagi Khamis, 15hb Mac lepas solat Subuh tu kami terus bertolak dan singgah sarapan di R&R Rawang je. Mungkin ade yang tak tahu tapi sunnah Nabi sebenarnya utk berpergian pd hari Khamis. Kalau kita niat musafir dan ade pilihan/masa untuk rancang perjalanan..pilih hari Khamis ye. Tujuan ajak famili mertua ni pun sebab aku tau Kuala Kangsar ni memang menarik tempatnya.. Bandar DiRaja kan.

Perjalanan dari KL ambik masa dlm 3 jam dan kami berhenti sekali di R&R Sungai Perak untuk berehat & minum2. Persimpangan Kuala Kangsar pun tak jauh dah dan kami terus hala ke pekan sbb waktu untuk check-in homestay pukul 12. Disebabkan kami sampai awal dalam pukul 10 pagi mcm tu, kami pun merayau-raya di sekitar Pekan Lembah. Kira kalau nak window shopping barang-barang kraf boleh la kat sini..barang tembaga, macam2 jenis parang & labu sayong (pak mertua saya pengumpul koleksi parang2, keris, kerambit, pisau dan sebagainya). Lepas jalan-jalan kawasan sekitar, memang tak sah la kalau tak singgah pekena laksa & cendol Kuala Kangsar yang terkenal kat situ. Cuma tak tau yang mane betul2 sedap sebab banyak betul orang jual laksa. Perut kenyang dan waktu pun dah tengahari, kami terus ke Bukit Chandan untuk check-in di homestay. Banyak jugak rumah taman di sini yang dibuat homestay.

 Ok la, jom layan gambar sambil aku sambung bercerita pengalaman aku eh…

Petang sikit..aku bawak diaorg pegi Taiping sebab nak rasa penangan mee udang kat Kuala Sepetang. Kuala Kangsar ke Taiping ambik masa dalam setengah jam camtu. Kedai yang kami singgah ialah Restoran Mee Udang Mak Jah. Memang terbaik la la mee udang dia..aku tak nilai dari kesedapan la tapi dari segi kepuasan makan sebab udang dia banyak dan besar2..selak udang baru nampak mee. Kalau ikutkan nak luang masa lama gak kat sini sebab selain dari mee udang, Kuala Sepetang di daerah Matang ni terkenal sebagai kawasan penghasilan arang dari kayu bakau dan jugak sejarahnya tersendiri sejak dari zaman pemerintahan Ngah IbrahimKuala Sepetang ni dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Port Weld ni dulu terkenal sebagai stesen kepada laluan keretapi pertama di Tanah Semenanjung dari stesen Taiping. Tak sempat nak singgah di pekan dan juga Kota Ngah Ibrahim sebab lepas makan mee udang, aku bwk diaorg pergi Taman Tasik Taiping. Walaupun minggu sebelumnya aku dah pergi, tapi tempat setenang ini memang tak mengundang jemu khususnya utk mereka2 yg hidup dalam hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur..ceewahhh :)

Habis melawat Taiping kami gerak balik ke Kuala Kangsar malam tu jugak sebab esok nak dah nak shoot majlis nikah Hawa. Sebelum balik homestay, sempat la singgah makan di Medan Selera sebelah Arena Square, pun di kawasan Lembah jugak.

Disebabkan majlis nikah tu petang lepas solat Jumaat, pagi tu kira sempat la kami jalan2 di sekita Kuala Kangsar. Memang sume kawasan tarikan ade berdekatan je dan kebanyakannya di Bukit Chandan. Aku teringat dulu masa zaman rajin backpacking dan join aktiviti outdoor, pernah sekali tumpang tido di masjid sebelah Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Tido satu malam je sebelum sambung perjalanan ke Lenggong, Gerik dan destinasi akhir di Tasik Banding. Bila la ade kesempatan nk travel macam tu lagi :( MCKK ni pun kan banyak sejaranhnya dan ramai golongan hebat lahir dari institusi nie. Kalau ade peluang, mungkin boleh didik zuriat sendiri untuk masuk ke sekolah hebat seperti ni sebab kemampuan sendiri tak berapa nak ada. InsyaAllah :)

Di kawasan Bukit Chandan pulak ade Masjid Ubudiah, Istana Kuala Kangsar, Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah. Istana Kenangan sekarang dalam proses pemulihan dan ditutup untuk lawatan. Takde rezeki kami untuk lawat Istana Kenanagan cuma ade satu kisah yang aku nak kongsi masa sampai sini. Lepas nampak notis pasal kawasan tu tutup sementara, aku ke pos pengawal kat pintu masuk sebab nampak ade 2 orang kakak kat situ..masing2 tgh khusyuk tengok TV aka sinetron. Aku mmg biasanya suka tegur la dan aku fikir mungkin boleh cuba nasib kot2 dia bg gak masuk. So bermulalah dialog :-

Aku             :  Kak, saya nak tangkap gambar istana dari luar je..boleh tak saya masuk kat kawasan sini je..sbb susah nk tangkap gambar dari luar pintu pagar ni. (kawasan yg aku maksudkan ialah sekitar 4-5kaki di dpn pos pengawal sbb aku pun faham berkenaan notis tu)

Akak pengawal : (Dengan muka tak sure) Akak tak boleh bagi la dik..sbb bukan akak yang in-charge sini. Orang tu keluar rehat… (sambung tengok TV)

Aku            :  Ooo..ye ke. takpe la kak, takde rezeki saya..terpaksa la amik gambar dari luar pagar ni je. (dan mula beredar)

Akak pengawal  : Dik..takde pun adik panjat je la pintu pagar tuh..

Aku            : Takpe la kak, saya lagi suka lagi mintak cara baik tadi nak masuk..

 

Hmm, korang nilai sendiri la eh.. aku rasa akak tu mungkin bergurau cuma tak kena gaya dan fokus pada sinetron tu buat dia main cakap lepas tanpa berpikir.

Lepas tu kami gerak ke Galeri Sultan Azlan Shah yang bagi aku terbaik.. bersih, cantik, penyeliaan bagus, koleksi mantap dan berjaya membawa kita mengenali Sultan Azlan Shah dengan lebih dekat. tak rugi rasa bayar tiket masuk. Sultan Azlan Shah ni Agong masa aku sekolah rendah dulu dan dengan kombinasi Perdana Menteri waktu tu, Tun Mahathir.. memang Malaysia membangun agak pesat jika dibandingkan dengan negara2 jiran. Cuba-cubalah bukakan hati untuk ambil tahu pasal sejarah ketamadunan..tak kira sama ada ketamadunan Islam aau Malaysia sendiri. Bagi aku, mengenal sejarah membawa kita untuk mengenali jati diri..bila jati diri kuat, maka kita sepatutnya lebih bersyukur. Bersyukur sebab datang dari leluhur yang hebat. Bangsa siapa yang generasi kita agungkan sekarang?? Amik sikit tanggungjawab bawak anak-anak kenal sejarah la ye..sudah2 lah manjakan dengan gadjet2 melalaikan tuh..

Pos pengawal di sebelah kanan sekali tuh..ade 2 org tengah tengok tv dan aku terpaksa angkat kamera melepasi pagar untuk dpt angle ni.

Kami check-out sebelum Solat Jumaat..dan lepas tu terus ke rumah Bett. Solat Jumaat di Kg Talang tempat majlis nikah nanti dan keluarga mertua sambung bersiar-siar di Kuala Kangsar.. selesai tugasan untuk majlis perkahwinan Hawa & Syahir, kami terus gerak balik KL sebab Ahad esoknya kena masuk kerja..itu pun masa balik sempat singgah di R& Tapah. Memang aku kalau ke utara , wajib la singgah sini untuk layan beli buah semua.

Harap yang baca entri ni enjoy dan terbit rasa nak berjalan sebab Malaysia ni sebenarnya banyak tempat yang menarik, cuma orang kita sendiri yang tak berapa pandai nak hargai.

Lain kali nak bawak abah,makcik,adik beradik & anak-anak buah pulak  untuk trip2 mcm nie.. kekangan masa yang selalunya menghalang aku buat macam tu..niat selalu ade. Takpe, yang penting..sentiasa cintakan keluarga sebab kebahagiaan sebegini yang sebenarnya menjanjikan kepuasan dalam hidup..bukan duit menggunung. Berhentilah pentingkan diri sendiri :)

Sampai jumpa lagi..

 

“Keep Giving & Smiling”

 

All Images Copyright APAIPICTURES | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge