Apai 012-2448757

About APAIPICTURES

My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos. It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support. E-mail : admin@apaipictures.com Mobile : +6 012 244 8757

Archive: ‘product’



APAIPICTURES facebook page launching & promo :)

Friday, July 1st, 2011

1hb Julai 2011 – bersempena dengan tarikh lahir saya hari ni..saya nak ambil kesempatan ni untuk umumkan yang APAIPICTURES dah ade page kat Facebook untuk tujuan update yang lebih pantas..lgpon lebih mudah untuk org lain akses kan.. so, give your ‘LIKES’ there ok..saya perlukan sokongan anda untuk terus maju dalam bidang nie :) terima kasih banyak-banyak..

Klik sini : APAIPICTURES

Sempena pelancaran ni jugak saya keluarkan promosi utk KIDS Photography. Serendah RM250..ada akan ade koleksi gambar si kecil kesayangan anda utuk dijadikan memori yang pasti akan menjadi gelak tawa sekeluarga bila ditatap pada masa akan datang..

Untuk promosi ini..saiz poster frame nanti ialah 11RW (11×16) selain DVD yang mengandungi semua gambar untuk sesi tersebut. Frame jenis poster macam ni memang menarik buat wall deco..kan raya nak dekat nih :)

Untuk bulan Julai, saya terpaksa tetapkan tarikh dan lokasi atas beberapa faktor.

Tarikh : 16hb & 23hb Julai 2011
Lokasi : Taman Rekreasi Bukit Jalil

Jika berminat, terus hubungi saya sebab untuk satu2 tarikh, sekurang-kurangnya 3 sesi akan dibuka.

  
Mohd Fairus Aris

APAIPICTURES FB fan page & Said Dorani Family Day 2011

Monday, June 20th, 2011

Salam sejahtera semua..jumpa lagi dan kali ni saya cuba update beberapa entri sekaligus memandangkan masa sangat mencemburui…ade terlalu banyak perkara yang saya perlu selesaikan dalam masa yang sama kebelakangan nie..lebih bersifat peribadi dan tak penting pada orang lain kot kalau saya kongsi cerita pon :)
Maka, adalah lebih baik berkongsi cerita-cerita yang ditaksir melalui gambar yang akan saya kongsikan.

Sebelum saya mula, saya nak umumkan la sikit yang bermula bulan Julai nanti..saya akan create fan page APAIPICTURES di facebook sekaligus mengundang LIKE dari sesiapa sahaja sebagai tanda sokongan :) Dah lama sebenarnya saya patut buat sebab trend page di FB ialah satu cabang pemasaran yang baik dan lebih mudah diakses. Hasil kerja terbaru pun akan lebih dipantas dikongsi sebab nak update blog ni selalu ambik masa kan..masih akan tetap diupdate di sini cuma sedikit lewat la kan. Ada sebab kenapa saya tak create page ni dari dulu lagi dan salah satu sebabnya ialah saya ada letak piawai pada diri sendiri. Dengan usia saya mengenal dan menceburi bidang fotografi ni, adalah penting untuk bersabar, terus menuntut ilmu dan mengekalkan ‘keghairahan’ berkarya sebab kepuasan karya itu nanti bukan hanya dinikmati oleh klien tetapi juga untuk diri sendiri. Pendek kata..teruskan menyokong saya dan saya akan beri sebaik yang mungkin selagi terdaya.

Ok..saya pilih untuk update entri santai la kali ni dan balik pada gambar-gambar potret/perkahwinan untuk entri akan datang ok. Santai punya pasal..sampai takde gambar pegun untuk dikongsi tetapi gambar-gambar yang saya dah jadikan slideshow. Tahun lepas buat pertama kalinya saya join trip family day sebelah ibu Cik Tun dan tahun ni lagi sekali saya join. Majlis berlangsung awal bulan May lepas dan lokasinya di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka.. tahun ni saya mewakili semua adik-beradik Cik Tun sebab takde yang dapat hadir..Cik Tun dah memang la lagi takde.. so, bakal menantu bawak bakal pak mertua & mak mertua jek la tahun ni ..huhu.

Tempat yang boleh dikira best untuk percutian singkat. Dengan suasana kampung dan pantai yang lebih bersih..kira tak rugi la kalau nak pegi pon..sape nak pegi?? Kalau dari KL, korang cuma ikut jalan ke Port Dickson dan teruskan perjalanan balik ke Melaka (jalan dalam) dari Telok Kemang tuh.. kalau sampai Tanjung Agas tuh..kira dah betul la tu..dan sampai jumpa jambatan tu lagi la betul.. tak jauh dari jambatan tu nanti akan ade simpang 3.. belok kiri akan balik ke Melaka tapi korang belok kanan. Dalam 300 meter camtuh..akan ade masjid sebelah kiri, masuk simpang sebelah masjid dan terus ikut jalan kampung tuh.. nanti jumpa la KM Chalet ni..

Dah la eh.. layan je slideshow bawah ni.. 15 minit tuh sebab banyak sangat gambar :)

 


Mohd Fairus Aris

 

All Images Copyright APAIPICTURES | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge