Archive: ‘event’
Majlis Aqiqah Jordann Jay
Wednesday, February 27th, 2013Majlis Akikah | Muhammad Adam Hussaini
Monday, February 25th, 2013Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Entri kali ni berkenaan sahabat dan ex-klien tahun 2011 lepas iaitu Iffah & Jie. Kali ni nak share sket berkenaan majlis akikah putera sulung mereka , Muhammad Adam Husaini pada 23 Disember 2012. Pada majlis ni jugak, Adam turut diraikan bersamam sepupunya yang lain dari keluarga Jie tapi atas permintaan, saya share gambar mereka sekeluarga je la ye. Aku mulakan dengan gambar sewaktu majlis resepsi mereka dulu.

Memang feeling yang sangat best bila tengok pasangan pengantin yang kita pernah shoot dulu kini dah menimang cahayamata. Sebab kita sendiri saksi saat mereka diijabkabul menajdi sepasang suami isteri dan kemudian memulakan hidup baru bersama sehinggalah dikurniakan zuriat dari Yang Maha Esa.
Tetiba terfikir untuk anjurkan sesi ringkas..gathering ex-klien APAIPICTURES.. just shoot group photo jek..mesti meriah dengan suara ceria anak-anak kecil kan.. Hehe, ok la.. layan la sikit gambar mereka dan aku doakan semoga Adam membesar sebagai anak yang soleh.
Anak yang soleh itu taat perintah Allah, perintah ibu bapa dan insyaAllah bermanfaat pada orang sekelilingnya.









“Keep Giving & Smiling | Save Gaza Free Palestine”


