Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ok..jom sambung untuk Part 2 pulak ye. Kami keluar untuk makan sebab dah set dalam tentatif nak pegi try Kuey Teow Goreng Doli tapi rupanya kedai tutup hari Jumaat. Jadinya, kami repeat la ke Medan Selera siang tadi sebab nak carik yong tau foo yang lagi best..dan Alhamdulillah, kali ni puas hati. Saya sarankan sape yang nak try.. just pegi 2 kedai terawal je la eh.. tengok gambar untuk nama kedai. Pastu, jangan lupa order jus buah sebab puas hati minum kat sini. Jus mangga dia best..selain dari Restoran INSAF kat Jalan TAR,KL tue..rasanya kedai dia ni antara yang top list la..
Amar Syakirin pun kami dh mula bagi makan solid food.. sekarang ni buah pisang tu sebijik gak habis dia makan.. so kalau makan sekarang, memang dia pon akan turut teruja sekali ..huhu.






Lepas makan..balik tido la sebab Pekan Taiping ni takde ape sangat malam2.. lagipon sume dah letih. Maka selesailah hari pertama kami di Taiping.
Esok paginya, kami keluar awal sebab tak nak terlepas suasana pagi di Taman Tasik Taiping. Pemandangan dan landskap kat sini tak perlu nak diceritakan lagi la.. kena datang sendiri, tengok dan hayati. Warga Taiping ni pon ade lifestyle yang sihat.. ramai yang keluar jogging..riadah sama family..dan ade jugak yang organize poco2, senamrobik sume.. Memang niat kami nak bergambar dengan putera tercinta sebagai kenangan keluarga. Terima kasih buat Boboy sebab snap gambar2 kami dan semoga kawasan ini sentiasa terpelihara.. tak boleh bayang la kalau pihak berwajib korbankan demi nak kejar pembangunan satu hari nanti












Selesai kami bergambar..perut pon lapar, so kami carik sarapan di kaki Bukit Larut. Kami sebenarnya ade letak tentatif untuk naik ke Bukit Larut tapi tak letak harapan la sebab ramai cakap tiket cepat habis. Selain daripada daki sendiri, hanya kenderaan rasmi (jeep) yang dibenarkan naik ke puncak Bukit Larut. Bukit Larut atau Maxwell Hill ni sebenarnya adalah kawasan tadahan hujan paling tinggi di Malaysia, jadi risau jugak takut hujan kalau tiba kat atas. So, kami pon cuba jek la nasib untuk tanya bila trip naik. Dan kebetulan waktu tu memang ade satu jeep nak naik dan rezeki kami untuk bawak Amar Syakirin ke puncak. Memang tak sangka pulak, trip dengan jeep tu agak mencabar.. Sakit gak tangan sebab nak pegang Amar kuat2 tapi pengalaman ni menyeronokkan dan kami bersyukur diberi peluang merasa. Tabik la pada driver jeep sebab memnag nampak sangat cekap, macam dah hafal setiap selekoh masa pendakian naik dan turun. Masa dalam jeep, Amar jadik perhatian..sebab sikit pon tak nangis arau meragam.. ade pakcik Saud Azizan dari Alor Setar yang katanya..dah 5 kali cuba nak naik..tp semua gagal sebab tiket habis. Syukur sebab percubaan pertama kami dipermudahkan.
Sebenarnya takde ape sangat di puncak tapi pengalaman-pengalaman macam ni bukan boleh dapat tiap hari.. Malaysia kita kaya dengan flora faunanye dan kami nak Amar Syakirin jadi pencinta alam semulajadi supaya kecintaan itu membawa kepada rasa syukur dan sentiasa mengingati kebesaran Allah.
Masa kat atas..kagum tengok pakcik Saud dengan isteri..nampak lovely sangat bersiar2 bersama. Dan dengan izin Allah, saya pohon supaya saya dapat contohi mereka..biar rasa kasih dan sayang ini kekal selamanya malah semakin mekar. Selagi kita pegang kunci sabar dan menghargai pasangan.





















Lepas habiskan 2 jam di puncak, kami pon turun dan Amar Syakirin lena tido sepanjang perjalanan turun sebab saya pangku dia sebelah driver seat..selesa dan lebih secure. Memang betul tiket pon dah habis padahal baru pukul 11 pagi. Ok, cerita selanjutnya saya sambung untuk Part 3 pulak ye. Stay tune..dan mari layan sikit video semasa kami di Bukit Larut..tengok sendiri camne thrill naik jeep ke puncak.
“Keep Giving & Smiling | Save Gaza Free Palestine”






























