Apai 012-2448757

About APAIPICTURES

My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos. It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support. E-mail : admin@apaipictures.com Mobile : +6 012 244 8757

Archive: April, 2011



KISAH CUTI SAYA – BAHAGIAN 8 (Bondi Beach & Sydney Fish Market, SYDNEY)

Monday, April 25th, 2011

Sambungan kisah cuti masuk ke bahagian 8 bersamaan hari kelapan aku di sana. Hari kedua di Sydney kami teruskan lagi untuk bersiar-siar dan bersantai seadanya. Nasib baik pagi tu dah siap2 breakfast nasi yang ditaja oleh Aqmal. Nasi instant dalam pack tue..just panaskan kat microwave tapi sedap gak :) Tak tau ade jual kat KL ke tak..

Kami ke pantai yang terkenal di Sydney ni iaitu Bondi Beach. Kebetulan memang tengah musim panas (summer) kat sini dan kita pun tau yang ‘mat saleh’ ni memang suka la nak berjemur kan.. kawasan pantai ni memang luas la dan bersih semestinya. Diaorg boleh siap wartakan kawasan ni sebagai ‘free alcohol zone’ demi nak jaga keamanan la aku rasa sebab satu hari lagi nak menjelang New Year kan..

Walaupun cuaca agak panas tapi air laut dia sejukkkk & jernih. Kalau tengok kat youtube..ade satu siri realiti TV, Bondi Rescue merujuk pada kerja lifeguard kat sini..atau bahasa glemernya ‘Baywatch’. Cumanya lifeguard diaorg ni tak suka pakai seksi dan kebanyakannya lelaki.. kalau nasib ‘baik’, boleh teman mandi dengan jerung kat sini..:)

Takde niat langsung la nak cuci mata ke hape sebenarnya..cuma aku nak ade pengalaman pernah sampai di tempat yang kiranya terkenal.. Aku rasa macam dah buat sesi photoshoot Muslimah lak bila shoot gambar Cik Tun kat tengah-tengah orang ramai yang korang pun tau apa yang dia pakai.

Takde la lama sangat lepak situ sebab ade lagi satu lokasi penting yang kami tuju iaitu Sydney Fish Market yang memang terkenal dengan hidangan seafood yang mantopp dan murahhh. Aqmal pulak dok ngidam soft shell crab dia..ala, ketam kulit lembut tuh..boleh kunyah dengan kulit sekali oo. Memang ramai la umat kat sini sebab boleh kata wajib datang makan kat sini la kalau sampai Sydney. Kitaorg dok makan kat luar jek..santai-santai makan sambil tengok kapal-kapal padahal kat dalam memang dah takde seat nak duduk. Memang kenyang teramat sangat la sampai tapau sikit bwk balik Malaysian Hall.

Sebelum balik Malaysian Hall, singgah la kejap kat Paddy Market..tempat orang dok jual souvenir macam kat Victoria Market, Melbourne tuh. Nak beli banyak takut nanti beg berat sebab petang tu jugak flight balik Melbourne. Beli la sket untuk anak-anak buah sebab memang lagi murah souvenir kat sini..dan ramai Indonesian dok meniaga, so leh cakap Bahasa Melayu jek time tawar-menawar. Memang pengurusan masa sangat kritikal time ni.. takut terlepas flight balik Melbourne kan. So, bila dh settle lebih kurang..balik Malaysian Hall untuk packing barang dan terus gerak ke airport. Sib baik dah check-out awal-awals ebelum keluar pagi tadi, so dah senang keje sikit. Aqmal pulak stay terus sebab dia nak sambut New Year kat Sydney yang memang dahsyat dan terkenal persembahan bunga api dia tuh.

Alhamdulillah la..sume selamat dan kami dapat gak naik flight balik tuh.. So, entri selepas ni ialah berkenaan sambutan Tahun Baru di Melbourne pulak..sebelum aku berangkat pulang dan boleh la kira tamatkan kisah cuti ni.. :P
Terima kasih lagi untuk Cik Tun & Aqmal..kalau dulu, setakat tengok dalam gambar jek la Sydney Opera House ni sume tapi sekarang dah ade gambor original dari kamera sendiri.

Jom layan gambar…

Kat bawah ni pulak, aku kongsi sikit video sengal aku.. dengan Cik Tun (Mak Yang) pun terjebak..huhu

  
Mohd Fairus Aris

Hidayah & Azril Hanafi | 19-20 Mac 2011

Monday, April 25th, 2011

Salam ceria..maaf ambil masa untuk up entri baru.

Kali ini entri untuk majlis perkahwinan pasangan Hidayah & Azril Hanafi. Majlis nikah berlangsung pada 19 Mac di kediaman En Jasmi, ayahanda Hidayah. Sebelum majlis nikah dilangsungkan..upacara merisik dan pertunangan dijalankan secara ringkas. Disulami dengan madah pantun dari kedua belah pihak, majlis pertunangan selamat dilangsungkan yang kemudiannya disudahi dengan majlis akad nikah. Jurunikah dari JAIS kali ni masih muda dan penuh humor.. suka la bila tengok ustaz muda camni..sebab pengantin lelaki yang sememangnya gemuruh, pasti akan lebih stress kalau jurunikah terlalu serius dan tegas.

Kawasan perumahan Setia Alam, Klang ni memang berbaloi untuk didiami sebab konsep dari pemaju yang mengutamakan kedamaian. Kalau la diberi kemurahan rezeki, memang nak sangat la memiliki hartanah kat tempat macam ni.

Dan untuk majlis persandingan pula berlangsung sehari selepas iaitu pada 20hb di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku ade tengok mcm mana list yang Hidayah buat untuk majlis ni, kira macam plan atau kertas kerja la..fuhh, memang boleh kata lengkap sebab Hidayah listkan sehingga ke perkara yg kita selalu anggap remeh. Respect betul la..

Sebenarnya, tugas untuk merakam majlis mereka ni datangnya dari Hidayah sendiri.. dari perbualan awal, Hidayah ni dulu study kat Melbourne Univ dan sekarang sambung pulak kat UPM. Memang bagus untuk berkenalan dengan golongan cerdik pandai sebab sedikit sebanyak akan ade aura positif yang kita boleh dapat. Dah banyak nasihat yang kita dengar, bercampur dengan orang yang baik..kita juga akan jadi baik, insyaAllah.

Ok eh, kita layan gambar dulu k..

  
Mohd Fairus Aris

 

All Images Copyright APAIPICTURES | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge