OK, ini entri terakhir untuk cerita 2 minggu Ayangku balik tempoh hari dan destinasi terakhir kami di Kuala Terengganu (KT). Habis jek Family Day pd 1 Januari tuh, aku terus balik KL sebab kena masuk kerja untuk 3 hari dan 5hb Januari, kami terbang ke KT yang tiketnya Ayangku dah beli awal2 masa promo dulu.. RM150 camtu utk 2 org pergi balik…murah la kan, sbb kira sorang dalam RM75 jek..tapi sadis la sbb flight pukul 7 pagi.
Memang huru-hara la pagi tuh sbb sampai airport dah kul 6.30. Bila nk print boarding pass, boleh plak barcode flight tu tak appear kat phone aku sbb sblm ni boarding pass memang sume aku print kat kiosk airport je. Maka berlarilah kitaorg ke kaunter..dan kena pulak beratur kejap..haduishh..sampai kaunter jek, minah tu ckp patut gate dah closed tp dia suruh pegi kaunter Customer Service dulu. Dan nasib baik sbb dah check-in awal, so nama kitaorg mmg dh ade & kitaorg takde bwk cabin luggage, sume hand carry je..supervisor dia printkan boarding pass dan suruh kitaorg cepat kejar. Maka bermulalah scene Amazing Race kami pagi tuh..berlari dlm airport dan masa nampak jek pintu gate belum tutup..aku dh angkat tgn drp jauh suh diaorg tunggu.. lepas pintu gate, berlari lagi nak ke kapal terbang.. Nak dijadikan cerita, boleh plak plane pagi tuh park dkt lane hujung sekali.. Dan atas izin Dia, dpt jugak kami naik flight tu akhirnya..Alhamdulillah. Masa tgh duduk melepaskan lelah tu, ade lagi yg baru nak naik rupanya dan lagi best sbb makcik yg naik td adalah makcik yg ade beratur dpn kitaorg masa kat kaunter Customer Service…owh,tenang jek muka makcik yg tak perlu nak berlari mcm kitaorg..hahaha.
Sebenarnya, aku keje shift mlm masa hari tuh, cuma aku mintak permission team mate aku utk balik awal sbb trip ni. Mula2 ingat nk tido la dlm flight kejap, so nanti dh sampai KT tak mengantuk sangat. Tapi nasib x baik sbb flight ni tersangatlah cepat sampainya. Rasanya on air ade la dlm 15 jek…baru nk landing kepala, tiba2 dah dgr announcement suh pakai seat belt balik..nak landing dah…hoho.
Mcm panjang jek lagi kali ni, lom sampai KT dah masuk perenggan ketiga ha :p
Kami sampai dalam kul 8 pagi kat KT dan kami lepak sekejap kat airpot KT yg lawa dan unik dek hiasan seni ukir dia ni sementara tunggu kereta sewa sampai. Kami dah booked siap2 kereta sewa ni drp KL lagik, carik kat Mudah.com.my jek. Kereta Kancil dgn sewa RM65 sehari, jadik la untuk round2 sekitar KT jek. Bila kereta dah sampai, kitaorg terus gerak ke Kg Ladang ..carik bekpes. Ayangku dah mengaruk2 mintak nasi dagang
Ok, sikit tips dari aku..dgn zaman serba canggih ni, rasanya elok la buat homework sikit sblm travel ke mana2 walaupun still dalam Malaysia. Sapa yg ade hati nk travel tempat2 yg aku pernah pegi sblm ni, boleh jek contact utk mintak tentative/ittineary trip yg memang aku buat dlm Excel. Sampai trip Kuala Selangor sblm ni pun, ade file dia. Paling penting rasanya pengurusan masa sbb tanpa homework mcm ni, kita akan rugi masa sibuk carik tempat, berenti tanya orang dan kemungkinan besar akan terlepas tempat2 best yg lain sebab tak cukup masa nak singgah. Lebih malang, sbb sibuk mencarik..kos akan meningkat sbb minyak kereta nak kena isi balik dan tangki perut kita pun nak kena isi sbb konpem lapar kalau penat mencarik..Harus diingat la, bila travel ala bacpacker, maknanya budget constraint jadik isu dan tembolok (mafsu makan) kita ni tak boleh la mcm kat rumah, setiap 2 jam nak kena sumbat. Cukup untuk makan alas perut dan bila perlu je..tapi utk trip kali ni, x boleh nak ikut mcm yg aku pesan sbb memang niat kami utk jadikan KT ni trip makan2. Biasanya kalau travel dgn Ayangku, mmg automatic bertukar jadik trip makan2 je..faham kan kenapa saya semkin ‘membesar’ skg??
Aku rasa baik aku listkan point2 penting jek la sbb memang terlalu banyak cerita yg aku nak kongsi dan banyak jugak gambar, nanti korang jadik penat lak nak layan entri nih..sori eh :p
1 – Try guna reservation website, contoh mcm www.agoda.com atau www.booking.com utk carik tempat tinggal dgn kadar yg biasanya lebih murah dr standard rate. Kami suka guna www.booking.com atas sebab2 tertentu, cuba dulu dan nanti anda tahu kenapa.
2 – Kami check-in kat Intan Beach Resort di Pantai Batu Buruk, harga berpatutan, bersih, bilik luas..standard room leh masuk 4 org rasanya dan paling best betul2 sebelah pantai.
3 – Ade 2 tempat nasi dagang yang best pd kami..satu di sebelah lorong Sek. Keb. Kg. Ladang, dkt2 area roundabout yg ade monumen Batu Bersurat tuh..ade makcik tua jual bwh pondok dan satu lagi di medan selera Pantai Batu Buruk, sebelah taman tempat orang jogging2 dan buat senamrobik pagi2. Wajib cuba dua2 kalau nak tau beza dia.
4 – Jangan makan ikan celup tepung kat deret2 kedai tepi Pantai Batu Buruk tuh.. tak sedap dan mahal.
5 – Elakkan datang hari Jumaat sbb ini hari cuti umum dan kebanyakan kedai tutup.
6 – Ikan celup tepung yg terkenal kat Seberang Takir tuh sebenarnya tak boleh celen ikan celup tepung kat Marang. Terima kasih pd kawan Ayangku, Kak Mar yg sudi bawak kami ke sana.
7 – Datang pagi atau lewat petang kalau nk lawat Taman Tamadun Islam sebab lokasi dia yg terletak sebelah sungai buat cuaca agak terik dan gambar2 nanti banyak bayang2.. sapa yg tak tau nk direct light..gmbr muka anda akan gelap kalau bergambar sebelah monumen2 tu semua.
8 – Kampung Seberang Takir ade banyak tempat best kalau sapa yg sukakan landscape photography.
9 – Air Buah Pior lagi mantap drp Air Buah Gelas Besar dan kedua2 kedai ini terletak di Seberang Takir.
10 – Ade kedai jual kuih dan keropok lekor yg best betul2 dpn Biro Tatanegara Seberang Takir. Cuma yg menjualnya mungkin dh lupa cara nak senyum.
11 – Pada sape2 yang rasa dia minah hot dan seksi..dtg drp KL..dress up dgn singlet dan seluar pendek korang..pakai shade besar dan gaya over konon br balik dr pulau, boleh la tukar cara berpakaian kalau melawat Terengganu sbb nanti korang segan balik, nak2 bila pergi tempat2 mcm Pasar Kedai Payang yg banyak makcik2 meniaga..pakai sopan, cakap lembut. Kalau tak segan pun, sebenarnya korang takyah & tak boleh nak pakai mcm tu pun kat mana2 atas muka bumi Allah ni.
12 – Jangan lupa singgah Pantai Pandak..jalan nak menuju ke Marang kalau dr KT..difahamkan ini adala lokasi penggambarang filem Merong Mahawangsa..kalau tak betul pun, memang pantai ni luas dan cantik. Rasanya warga tempatan suka main layang-layang kat sini.
Ok, saya sekali lagi nak kongsi cerita berkenaan prinsip hidup kat sini. Ingat lagi kisah En. Yahya Othman masa entri TENOM saya yang lepas?? Cerita kali ni lebih kurang sama iaitu cara kita ‘memandang’ sesama insan. Alkisahnya, masa kami singgah kejap kat roundabout di KT yang ade monumen Batu Bersurat tuh, sedang leka2 tangkap gambar…dari jauh kami dengar orang cakaps orang dan dok lambai2 kat kereta2 yg lalu lalang. Ayangku dh bg isyarat yang orang kurang waras tu menuju ke arah kami. Mula2, aku cuma tenangkan Ayangku dan sambung tangkap gambar je tapi bila orang ni td melintas jalan dan betul2 dtg ke arah kitaorg, aku mula cuak gak..so, perlahan2 aku tarik tangan Ayangku dan mula beredar dari situ. Bukan cuak ape..cuma takut ade benda2 luar kawalan yg dia buat nanti kan..dan masa mula kami nk gerak dr situ..mamat ni td jerit dari jauh sambil posing sebelah pokok bunga…”Wehh..wehh, ha tangkap gambor aku cepat..”, maka aku pun terus shoot dan cakap “dah2″ dgn harapan dia puas hati dan tak kacau kami. Tp lepas dah shoot tuh, dia panggil lagi dan aku rasa kalau kami lari dr situ, mesti dia kejar lak nanti. So, aku biarkan dia datang je sambil waspada dan ‘pasang kekuda’. Bila mamat ni sampai sebelah aku..”Owhh..kemeghe Nikong, ingatkang Keneng.. (owh, kamera Nikon, ingatkan Canon)”.. hehe, pandai lak tuh psl brand kamera ni. Aku senyum je la sambil angguk, pastu mamat ni seluk tangan dlm poket dia dan keluarkan gula2. Aku tak tau dia dpt mane tp gula2 tu memang baik lagi, mcm br lepas beli dan ade la 5-6 bijik gula2 tuh. Aku keberatan nk ambik sbb mungkin dia lagi perlukan gula2 tuh tapi dia desak suruh aku ambik dan lepas dia bagi aku gula2 tuh..dia terus lintas jalan dan hampir dilanggar sebuah van..konpem la dia marah van tuh..”Huh, sib baik tok mapuh aku..” kata dia sambil beredar dari situ dan aku sekali lagi terpinga-pinga dek sikap sendiri. Kenapa aku judge dia mcm tu sebelum tu..kita faham yg org2 kurang waras ni ade potensi nk bertindak luar dugaan tapi kita jugak tahu yg keadaan diri mcm tu bukanlah sesuatu yg mereka inginkan. Moralnya, aku lebih bertekad utk kempen peribadi aku..“Keep Smiling and Giving”.. teruskan memberi dan jika tiada ape sangat untuk diberi, cukuplah dengan senyuman.. Pujangga Islam dah lama menyebut..”Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dr Yang Menerima” & “Senyum Itu Sedekah”.. jom sokong kempen saya dan jadikan dunia yang sementara ini lebih baik untuk didiami.

































sori video out of focus sket..
Psst, ade gambar2 kami dok melompat tapi takmo upload sbb menyesal, tak tahu yg Ayangku dh ‘berisi’ time tuh..seriau bila ingatkan balik..melompat la .. berlari la.. Semoga zuriat kami kuat dan sihat.. Kami balik ke KL pd 7hb dan esoknya Ayangku terbang balik ke Aussie untuk sambung pengajian..dan sehari lepas tu Ayangku call ckp pregnancy test tunjuk ade 2 line keluar. Alhamdulillahh.



