Apai 012-2448757

About APAIPICTURES

My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos. It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support. E-mail : admin@apaipictures.com Mobile : +6 012 244 8757

Archive: May, 2012



[Hobart - Part 1] The Arrival & Mount Wellington Experience

Wednesday, May 30th, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sambung lagi entri ye, kali ni rasanya kena buat beberapa bahagian sebab tempat ni agak istimewa dan seronok rasanya untuk berkongsi cerita dan tips. Tempat yang kami lawati kali ni ialah Hobart, Tasmania. Wuuhhuu…Tasmania yaww. Isteri saya teringin sangat nak pergi dan memandangkan ini tahun terakhir beliau di Australia, rasanya inilah waktu terbaik untuk kami merasai pengalaman yang mungkin sukar untuk dikecapi pada masa akan datang. Kami memilih Hobart sebab Hobart ni kira pusat bandar Kepulauan Tasmania. Memang terlalu banyak tarikan di Tasmania ni. Secara geografinya, Tasmania ni adalah kawasan paling selatan untuk benua Australia dan Asia secara amnya. Maknanya, selepas sahaja dari situ..kawasan lebih bawah adalah terletaknya Kutub Selatan. Kalau penggemar outdoor, memang Tasmania boleh kata antara lokasi tarikan yang ingin disinggahi.

Bahagian pertama ni saya akan berkongsi cerita dan gambar masa mula sampai dan hari kedua masa melawat Mount Wellington.

Percutian kami bermula pada 7 April lepas. Penerbangan kami dengan pesawat Jetstar berlepas sekitar jam 5 petang dan tiba di Hobart 2 jam selepasnya. Sebelum tiba lagi kami disambut mesra oleh sang rembulan yang mengambang penuh. Cuaca agak sejuk sekitar 10 degree , jadi kami tak nak buang masa lama di Hobart airport. Kami selesaikan urusan pendaftaran kereta sewa secepat mungkin. Kami pilih syarikat Budget dan Alhamdulillah, kereta yang disewa sangat memuaskan iaitu Nissan Micra. Kecil, jimat minyak dan agak selesa.

Kalau sesiapa yang berhajat nak ke Hobart, anda juga boleh memilih untuk menyewa kereta terus di bandar sahaja sebab ade khidmat ‘airport transfer’ iaitu ade shuttle bas yang ulang alik dari airport ke bandar dan akan berhenti di hotel2 sekitar Hobart. Jarak airport ke bandar dalam 20 minit dan akan menyeberangi Tasman Bridge yang berdiri megah. Kekaguman kami bermula di sini bila malam kami tiba pantulan bulan penuh menyinar di permukaan Sungai Derwent..SubhanaAllah tapi kami tak sempat berhenti untuk ambik gambar sebab agak kepenatan. Kami suami isteri sepakat untuk merakam pemandangan indah ini di dalam kotak memori dan saya kadang2 akur bahawa tak semua pemandangan indah mampu dirakam kamera. Allah menganugerahkan kita bola mata yang semestinya lebih hebat dari sensor kamera pastinya.


“A scenery from Spencer Street Food Court, Southern Cross Station..waiting for our shuttle bus to Melbourne airport”


“Full moon welcoming our arrival to Hobart”


“Our shelter during our 4 days stay”

Kami check-in di Tassie Backpacker @ Brunswick Hotel dan menginap selama 4 hari di sini. Agak murah dan selesa. Kami diselamatkan oleh heater comel yang berfungsi baik selama di sini sebab cuaca di Hobart boleh tahan sejuk..mungkin biasa pada orang lain tapi tak pada aku untuk mengadap suhu 8 degree..

Esoknya, kami bangun awal dan cari port minum kopi. Lepas tu kami gerak naik ke Mount Wellington.. Puncak Mount Wellington ni jadi background bandar Hobart dan boleh diakses dengan naik kereta sampai puncak melalui jalan yang diberi nama The Pinnacle Road. Kalau cuaca tak mengizinkan, diaorg akan tutup jalan untuk naik sebab kadang2 salji menebal di puncak dan angin sangat kuat. Alhamdulillah, masa kami naik tu cuaca cerah..tapi bila sampai puncak..angin agak kuat dan sejukkkkkkk ya amat. Tak tahu dah berapa degree tapi pendek kata ….sejukkkkkkkk. Tangan sampai kebas masa nak tekan shutter kamera..masa sampai parking pun, kereta siap bergerak kena tiup angin..dan memang awan tebal masa kami tiba. Kiranya waktu tuh kami dalam awan gitu :) Tapi berbaloi la tahan sejuk bila dapat tengok pemandangan indah sekitar bandar Hobart dan pulau-pulau kecil dari atas puncak.


“A view of Mount Wellington from Salamanca Market


“I’m fighting with the cold to wait  the cloud get away”


“Panoramic view from Mount Wellington Peak”


“A history of The Pinnacle Road”


“We made it :) …brrrrrr”


“A hiker hut during bad weather??”

“Travelling in motorhome will be my next dream, for time being…let’s use the blue one :)

Gambar lain akan diupload lagi insyaAllah.. kita layan video jugak sikit ye.

Peringatan..auto-shaking option dari Youtube & bunyi angin dari video mungkin sedikit mengganggu :(

Rasanya sampai sini dulu untuk part pertama di Hobart.. tunggu entri seterusnya ok..
Stay tune :)

Sorry for those who are not able understand the story since I’m written this blog entry in my own Malay language.
Maybe we need Google translate help here (Malay >> English) but the translation will be funny, for sure :)

“Keep Giving & Smiling”

[travel] OZ3 | Autumn @ Bright

Wednesday, May 23rd, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hampir sebulan lebih takde entri baru dari APAIPICTURES dan rasanya akan ade marathon-entry untuk beberapa hari akan datang. Ade banyak gambar dan cerita yang ingin dikongsi bersama, lebih-lebih lagi berkenaan kunjungan saya ke Australia bulan lepas. OK, duduk elok2 dan jom luang masa anda di sini. :)

Sebenarnya ini kali ketiga saya ke sana tetapi ini kali pertama saya ke sana sebagai suami. Lebih gembira lagi sebagai bakal bapa sebab permaisuri hati saya kini dh mengandung (usia kandungan sudah hampir 6 bulan skg). Sukar nak gambarkan perasaan saya bila mengenangkan terpaksa berjauhan dengan isteri tatkala isteri sedang mengandung. Kami akur dan reda dengan pengorbanan ini demi masa depan yang lebih cerah. Pasti Allah lebih tahu perancangan yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Doakan kami ye.

Kunjungan saya kali ni disambut oleh keceriaan musim luruh (autumn). Kemuncak autumn biasanya sekitar pertengahan bulan April bila mana daun-daun akan bertukar ke warna merah dan kuning. Kami telah memilih Bright sebagai lokasi pertama kami. Bright ialah sebuah pekan kecil yang terletak di gugusan Great Alpine Valley dan jaraknya adalah sekitar 4 jam pemanduan dari bandar Melbourne. Great Alpine Valley adalah kawasan lembah di kawasan timur laut Melbourne dan dalam laluan yang sama untuk ke Sydney. Terdapat banyak kampung dan pekan kecil di Great Alpine Valley yang setiap satunya menanjikan keistimewaan tersendiri. Kami menginap untuk satu malam di sebuah homestead di perkampungan Mount Buffalo.

Dengan harga yang murah, Nug Nug Wah Homestead ini terlalu selesa dan besar jika diukur dari segi harga. Buat tempahan awal untuk kesini dan anda akan diberi peluang untuk merasai pengalaman mengembala kambing dan kuda. 2 ekor anjing yang jinak dan manja juga sedia menyambut (jangan risau sebab anjing ini tidak akan menyentuh, cuma datang dekat). Pemandangan sekitar Mount Buffalo sahaja sudah cukup memukau mata dan jangan lupa bawa pakaian yang bersesuaian sebab cuaca malam hari agak sejuk..brrr..

http://farm8.staticflickr.com/7223/7245503166_c45f691f9a_o.jpg


Kami hanya singgah semalam di sini dan menghabiskan masa sehari suntuk keesokannya untuk merasai pengalaman autumn. Terima kasih buat isteri tercinta yang sudi melayan kehendak ‘fotografi’ saya.

Kami keluar awal pagi dan sambung perjalanan kami ke Bright yang terletak kira-kira 30 minit dari Mount Buffalo. Singgah sebentar di Howitt Park dan sarapan di tepi sungai sementara nak tunggu kaunter informasi pelancong dibuka. Saya cadangkan supaya membawa bekal sendiri kalau nak travel macam ni sebab boleh jimatkan banyak belanja. Lagipun, bukan senang nak dapat makanan halal kan. Stok roti dan tuna sentiasa ada kami bawa. Stok susu memang tak boleh tinggal la setiap kali saya datang Aussie ni :p


Selesai sarapan dan cecah2 kaki kat sungai yang airnya amatlah sejukkk.. kami ke kaunter informasi untuk dapatkan peta dan rancang trip kami di Bright. Ok la, jom layan gambar eh.. Sebab akan ade entri lain untuk lebih banyak gambar. Kalau suka, jangan lupa klik LIKE di page FB APAIPICTURES ye :)


Kami sempat naik ke look out point untuk lihat pemandangan seluruh pekan Bright.
cantik..SubhanaAllah wAlhamdulillah WaAllahu Akbar

Tips : untuk pengguna kamera DSLR, disarankan untuk membawa UWA (ultra wide angle) lens, CPL filter & Gorillapod untuk trip sebegini :)

“Keep Giving & Smiling”

 

All Images Copyright APAIPICTURES | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge