Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ok, sambung cerita lagi..setelah puas bersejuk-sejuk di puncak Mount Wellington, kami gerak ke bandar Hobart. Memang niat nak jalan-jalan pusing bandar dan area pelabuhan je. Kawasan pertama yang kami pergi ialah di Salamanca Market iaitu salah satu kawasan tumpuan dan kira macam pusat kraf la. Salamanca Market ni memang terletak bersebelahan dengan Battery Point yang merupakan kawasan sejarah dan boleh dikira penempatan terawal di Hobart. Kemungkinan besar dah mula diduduki seawal tahun 1830-an…huishh, lama betul
Mula-mula tu punya la cari ape benda la Battery Point..kot ade bateri besar ke ape.. rupanya ini kira nama tempat la.. ade banyak rumah lama dengan rekaan kolonial ynag diaorg jaga elok2 dan nasib kami baik la sebab datang waktu autumn.. pokok2 depan rumah sume tukar kaler dan nampak cantik dalam cuaca cerah.
Kami just jalan-jalan makan angin la sekitar sini, tengok cara hidup warga tempatan dan survey2 ape yang kami boleh beli nanti sebagai cenderahati. Jujurnya, trip kami ni dikira trip yg ‘tight on budget’ jadi tak boleh la nak membazir sesuka hati.
Bila tiba waktu lunch, kitaorg gerak ke kawasan jeti atau Constitution Dock sebab nak cari seafood. Ade banyak pilihan..cuma ikut kalau nak mahal atau murah je.. tapi diaorg punya murah pun, puas hati makan sebab serving dia banyak. Lagipun, ini je pilihan menu yang kami ade..almaklum, makanan halal payah nk dpt. Banyak yang merungut bila travel sbb asyik2 makan ‘fish and chips’..tapi sentiasalah bersyukur pd Yang Esa..betapa dia Maha Mengetahui..diciptakan ikan dan makanan laut lain supaya kita ade pilihan lain untuk disantap bila tiba di tempat sebegini..
Kami pilih gerai FLIPPERS di tepi jeti di kawasan Franklin Wharf dan kemudian makan sambil ditemani burung-burung camar. Kawasan pelabuhan pun tak sibuk sebab sekarang tgh musim cuti Easter. Langit di sini sangatlah cantik.. boleh tengok sendiri kat gambar.. kalau pakai CPL filter, memang lagi naik la biru dia..
Orait..moh kita layan gambar ye















“Superman also need a lesson how to fly..”

Pstt..esok isteri tercinta balik tanahair selama seminggu sempena majlis perkahwinan adiknya. Mood excited sekarang..nk jumpa Umi dan baby (dlm peyut)
“Keep Giving & Smiling”
Tags: apaipictures, battery point, hobart experience, jalan-jalan tasmania, malaysia wedding photography, malaysia wedding photography 2012, salamanca market, tasmania, travelog malaysia






LIKE