My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos.
It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support.
E-mail : admin@apaipictures.com
Mobile : +6 012 244 8757
Ni adalah entri selit sebab saya tak perasan terlepas satu posting yang memang saya dah rancang dari awal. Lepas entri saya pasal Bruny Island di Hobart..saya terus update cerita pasal lawat Tieve Tara Garden masa balik ke Melbourne. Patutnya saya nak share cerita hari terakhir di Hobart dulu…takde la cerita ape sangat tapi lebih pada ziarah saya sekitar bandar Hobart.
Hobart pada ketika cuaca cerah, memang sangat cantik. Dengan langit membiru dan angin sejuk yang bertiup, percutian kita akan rasa tenang dan selesa. OK la ye, kali ni mmg rasanya saya tak nak bercerita panjang.. lebih pada nak share gambar-gambar sekitar bandar & pelabuhan Hobart. Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, memang rasanya nak jejak kaki ke sini lagi..insyaAllah
Psstt…ade banyak kedai barangan outdoor di Hobart ni & memang rambang mata la sape2 yg memang outdoor junkie
Terima kasih yang tak terhingga buat isteri tercinta yg jadi teman paling sejati dan bukak peluang untuk kami mengembara bersama.
Ok, sambung cerita lagi..setelah puas bersejuk-sejuk di puncak Mount Wellington, kami gerak ke bandar Hobart. Memang niat nak jalan-jalan pusing bandar dan area pelabuhan je. Kawasan pertama yang kami pergi ialah di Salamanca Market iaitu salah satu kawasan tumpuan dan kira macam pusat kraf la. Salamanca Market ni memang terletak bersebelahan dengan Battery Point yang merupakan kawasan sejarah dan boleh dikira penempatan terawal di Hobart. Kemungkinan besar dah mula diduduki seawal tahun 1830-an…huishh, lama betul
Mula-mula tu punya la cari ape benda la Battery Point..kot ade bateri besar ke ape.. rupanya ini kira nama tempat la.. ade banyak rumah lama dengan rekaan kolonial ynag diaorg jaga elok2 dan nasib kami baik la sebab datang waktu autumn.. pokok2 depan rumah sume tukar kaler dan nampak cantik dalam cuaca cerah.
Kami just jalan-jalan makan angin la sekitar sini, tengok cara hidup warga tempatan dan survey2 ape yang kami boleh beli nanti sebagai cenderahati. Jujurnya, trip kami ni dikira trip yg ‘tight on budget’ jadi tak boleh la nak membazir sesuka hati.
Bila tiba waktu lunch, kitaorg gerak ke kawasan jeti atau Constitution Dock sebab nak cari seafood. Ade banyak pilihan..cuma ikut kalau nak mahal atau murah je.. tapi diaorg punya murah pun, puas hati makan sebab serving dia banyak. Lagipun, ini je pilihan menu yang kami ade..almaklum, makanan halal payah nk dpt. Banyak yang merungut bila travel sbb asyik2 makan ‘fish and chips’..tapi sentiasalah bersyukur pd Yang Esa..betapa dia Maha Mengetahui..diciptakan ikan dan makanan laut lain supaya kita ade pilihan lain untuk disantap bila tiba di tempat sebegini..
Kami pilih gerai FLIPPERS di tepi jeti di kawasan Franklin Wharf dan kemudian makan sambil ditemani burung-burung camar. Kawasan pelabuhan pun tak sibuk sebab sekarang tgh musim cuti Easter. Langit di sini sangatlah cantik.. boleh tengok sendiri kat gambar.. kalau pakai CPL filter, memang lagi naik la biru dia..
Orait..moh kita layan gambar ye
“Superman also need a lesson how to fly..”
Pstt..esok isteri tercinta balik tanahair selama seminggu sempena majlis perkahwinan adiknya. Mood excited sekarang..nk jumpa Umi dan baby (dlm peyut)