Apai 012-2448757

About APAIPICTURES

My name is Mohd Fairus bin Aris, better known as Apai, born in the historical state of Malacca. I am not equipped with formal education in photography but rather learn from a few mentors that I greatly respect. My passion in photography is the main drive for me to transform your great moments into still photos. It is a great honour for APAIPCTURES to capture your beautiful moments be it for your wedding, portraiture or others. Enjoy surfing and my heartfelt gratitude for your support. E-mail : admin@apaipictures.com Mobile : +6 012 244 8757

Tag: ‘malaysia wedding photography 2012’



Fatah & Hussna | Wisma LJT @ 22 Dec 2012

Sunday, February 17th, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Majlis resepsi Fatah & Hussna ni sebenarnya pada 22 Disember 2012. Hmm, maaf la sbb lambat update entri ni ye.
Asyik tangguh jek sebab kena dulukan perkara2 penting lain dan siapkan terus album utk diaorg. Fatah ni boleh kata ade kena-mengena la dgn aku sbb abang ipar dia adalah sepupu aku. Yang suruh shoot ni pon akak kepada Fatah sendiri.. Terima kasih ye Kak Mas sbb sudi bagi kepercayaan.

Majlis ni berlangsung di Dewan Berlian, Wisma LJT dan ini kali kedua la kira aku shoot kat Wisma LJT. Untuk pengetahuan, Wisma LJT ni terletak kat Taman Melawati dan fasilitinya boleh kata lengkap. Pihak penganjur (Gezal Mihat) akan siapkan semua keperluan dan pastikan majlis berlangsung dengan lancar.

Ni nak bagi contoh untuk sesi portrait bersifat indoor..sebab mcm dah lumrah yang pasangan pengantin nakkan sesi outdoor selepas habis majlis. Kita sedia maklum yang sesi outdoor akan bergantung kepada keadaan masa, cuaca dan keadaan pengantin tu sendiri. Faktor masa sebab kalau dah lewat sangat majlisnya tamat..memang agak keberatan la nak keluar sebab secara peribadi saya tak galakkan untuk sesi outdoor belah malam, rasa mcm dah tak natural bila hampir kesemua gamabr bergantung pada cahaya ‘flash’. Keduanya faktor cuaca yang memang tak boleh nak buat ape la kalau dah hujan ribut semua kan. Dan yang terakhir..keadaan pengantin sendiri bila majlis selesai, biasanya pengantin dah mula letih..yang lelaki biasanya akan mula payah nak senyum dan yang perempuan dah start mengadu sakit kaki sebab tak tahan pakai high heel. Saya sendiri biasanya akan suruh pengantin berehat sebentar..minum air..touch up muka balik..dan bawak bekal air sebelum keluar outdoor shooting. Percayalah.. hatta jika kita ade lokasi terbaik dengan pemandangan indah sekalipun, gambar outdoor ini akan dikira gagal jika muka penat pasangan pengantin jelas kelihatan..

So, drp ape yang saya bagitau tadi..sesi outdoor ini boleh diganti dengan sesi portrait indoor atau saya bahasakan ‘sesi outdoor yang indoor’. Maksudnya..tak perlu nak keluar jauh2 untuk pergi lokasi menarik sebab kawasan sekitar majlis dan lokasi perkahwinan sudah cukup. Si tukang tangkap gambar la yang perlu usaha keras sikit cari angle terbaik dan teknik-teknik kreatif yang sepatutnya. Harus diingat bahawa yang penting adalah moment dan wajah pengantin itu sendiri, bukannya pemandangan indah dan lokasi menarik. Sesi outdoor itu sendiri hanyalah terma yang meluas diguna pakai sedangkan gambar-gambar portrait dan saat indah yang seharusnya jadi objektif.

Untuk Fatah & Hussna, selamat melayari alam rumahtangga, lalui dengan sabar dan penuh hikmah ye..Agar kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Ok la ye, jom layan gambar-gambar sepanjang majlis ye.

“Keep Giving & Smiling | SAVE GAZA, FREE PALESTINE”

Portrait of Shafie Bustan aka Pie2020

Saturday, December 15th, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Entri kali ni nak share berkenaan sesi portrait untuk sahabat yang juga kira merangkap sifu. Dari beliau la aku cungkil sedikit ilmu hartanah satu masa dulu, bukan cungkil sebab nak kaya ke ape..cuma untuk nak tahu selok belok kalau nak beli rumah :)

Beliau ni sebenarnya sahabat pada kawan sekolah aku dulu, si Fariz @ Tuah dan kebetulan pulak orang Melaka jugak. Boleh nak jadikan rujukan la untuk hal-hal perancangan kewangan ni sebab beliau ni cekap la bab-bab tu..selain hartanah..dengan ilmu pusing duit ASB..saham2 dan macam2 la sampai tahap confident berhenti kerja untuk fokus hal-hal yang aku bagitau tadi. Rumah di ni dah berapa banyak ntah, kete mewah, motor besar berlambak.. yang terbaru khabarnya, rezeki nak dpt anak kembar 3. Murah rezeki kawan kita :)

Beliau yang aku maksudkan ialah Shafie Bustan atau nama glemer, Pie. Kalau berminat nak belajar selok belok hartanah, Pie memang selalu adakan seminar. Boleh dapatkan maklumat lanjut terus di blog Pie di http://www2.pie2020.com/blog/. Ilmu hartanah ni sebenarnya sangat berguna. Nilai hartanah di negara kita secara kasarnya tak seimbang dengan nilai sara hidup dari kebanyakan kita. Tapi tak semestinya nak kena betul-betul kaya sebelum nak ada rumah sendiri atau nak melabur dalam bidang hartanah, dapatkan ilmu dari mereka yang bijaksana. Aku sendiri jujurnya ade pengalaman menarik sebab proses pembelian rumah yang memakan masa 2 tahun. Alhamdulillah, rumah tu kini dah dalam genggaman. Nanti nak buat satu entri cerita pasal ni la :)

Selain wedding photography, bagus jugak sesekali ade kesempatan untuk mencuba cabang lain fotografi nih. Corporate profile punya gambar macam ni sebenarnya agak penting dalam pemasaran atau perniagaan, tanpa kira besar atau kecik perusahaannya. Pemasaran yang berjaya selalunya datang dari keyakinan sang empunya perniagaan. Contoh paling jelas di Malaysia ni ialah Dr Rozmey kemudian sekarang Dr Azizan. Anda kutuklah sesuka hati tapi pernigaan mereka sangat berjaya hasil dari teknik pemasaran yang megah.. fikirkan :)

OK..jom layan gambar-gambar hensem Pie yang terseksa sebab kena paksa senyum dan bergaya depan kamera depan aku. Ayat aku pada Pie ” Gambar ko nanti adalah refleks pada keyakinan bakal-bakal klien ko. Sapa yang nak berusahasama bila pemilik perniagaan nampak tak yakin dan selebet.”

“Keep Giving & Smiling”

## Save GAZA, Free PALESTINE ##

 

All Images Copyright APAIPICTURES | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge