Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kita sambung lagi untuk Part 3 pulak dan kira yang terakhir untuk cerita kami ke Taiping ni.
Pagi hari terakhir di Taiping.. kami pusing2 lagi sekitar Sentosa Villa untuk bergambar kenangan, memang suka sangat la tempat macam ni dan semoga niat hati nak bukak tempat begini tercapai satu hari nanti. Landskap dan fasiliti di Sentosa Villa memang sangat sesuai untuk percutian singkat dan untuk pilihan untuk mereka yang pentingkan kedamaian. Lokasi pulak dekat sangat dengan tarikan utama iaitu Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Burmese Pool (jeram).







Lepas check-out, misi JJCM diteruskan dan lokasi pertama kami adalah Kue Teow Doli yang kira menu wajib cuba di Taiping. Kami sempat la makan kejap sebelum Amar Syakirin mula mengamuk.. mungkin tak cukup tido atau perut meragam..sebabkan kesiankan Amar dan mula tak selesa sebab orang keliling dok pandang jek (macam la tak pernah ade budak kecik
), kami pun tapau jek baki kue teow tadi dan gerak daripada situ. Disebabkan ade beberapa lagi tempat nak singgah dan kesiankan Amar pulak nak berhenti singgah setiap kedai.. Jadi kami buat keputusan untuk tapau jek semua dan piknik terus kat Taman Tasik Taiping. Nasib baik semua yang kami nak bi ade dekat2 kawasan pekan jek.. carik Jalan Barrack dlm GPS sebab nak pegi kedai cendol Bismillah, kemudian cari Bank Rakyat pulak.. bukan nak keluar duit tapi sebab sebelah Bank Rakyat tuh ade kedai jual teh candu.. Memang agak bercandu la teh tarik dia, rahsianya rasanya sesudu serbuk coklat Milo yang dicampur dalam teh tarik tu.
Sebelum tuh, sempat gak singgah kat pasar Taiping untuk beli pisang emas. Iye, Amar Syakirin dah mula makan solid food, so kami start dgn pisang dulu.. leka dia kunyel pisang tuh dgn gusi dia..pandai marah lak tuh kalau kita cabut dari mulut. Waktu saya upload entri nih, umi Amar Syakirin dah pon cuba macam2 resepi untuk Aamr Syakirin. Kami campurkan kurma dalam setiap menu Amar sebab kita semua pon tahu kan kelebihan kurma ni. Harapnya Amar Syakirin membesar dengan cerdas, fasih lisan untuk mengucap kalimah suci dan sihat tubuh badan. Settle jek semua, kami pon carik port di sekitar Taman Tasik Taiping nih.. seronok golek2 dgn famili, tak sia2 beli alas tikar portable masa gi Melbourne tahun lepas. Selesai rehat..golek2..solat sume, kami sambung lagi trip kami dan kali ke Kuala Sepetang











Jarak Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld) ni ade la dalam 20 minit camtu.. Sejarah Kuala Sepetang ni pon saya dah pernah share dulu. Sebabkan ini kali kedua saya ke sana..so, cepatlah sikit sampai sebab dah tau jalan..itu pun berenti kejap sebab Amar mula boring dok dalam keta lama2.. berenti park tepi,a mik angin ngadap pemandangan parit tepi jalan..bolehh?? Sampai di Kuala Sepetang.. kami gerak dulu ke pekan sebab khabarnya ade kedai lain selain Mak Jah ni..tapi last2 patah balik ke Mak Jah jugak sebab kedai tuh nampak macam tak meriah je..suram dengan pengunjung. Kadang-kadang orang kita yang meniaga gerai atau warung ni..menu memang dha special tapi takn nak labur sikit untuk dekorasi dan keselesaan pengunjung. Cepat sangat puas hati
Boboy macam bese melantak seolah2 perut dia pakai tangki lori siput, tak tau bila la dia nak kenyang..huhu, tapi takpe la, rezeki dia nak dapat selera makan macam tu.. Kedai Mak Jah ni pon..kalau sape yang dah pegi, memang tau la ramai camen, nak2 time weekend.. Ramai yang datang secara konvoi dengan famili..dan ramai jugak geng2 superbike nih.. Cuma satu yang saya kesalkan dengan masyarakat kita.. TAK SENSITIF dan ini khusus untuk sang perokok. Cukup2 la bahayakan nyawa sendiri..tak payah la nak bahayakan nyawa anak bini sendiri dan orang sekeliling. Lepas makan..kenyang..tersandar.. kat situ jugak ko nak berkepul2, walhal sekliling ko ni kan banyak bayi2 kecik. Aku faham kalau kadang2 sang perokok tak perasan..tp bila kita dah bagi sign, kerling2 mata tu, faham sendiri sudah ler.. Ko nak buat keras ko, kang tegur melenting..BEBAL. Ok la.. layan gambar jek cukup kot.. nk layan perasaan kang tak tau pulak bila sudahnye.
Selesai makan, trus gerak balik . Sempat perasan yang kedai sebelah nama dia “Kedai anak Mak Jah”.. huhu, boleh plak macam tuh ek, ni kes mak tak nak kongsi kesenangan or anak tak sabar nak kaya ke apa.. takpe, kita sama2 doakan yang terbaik untuk perniagaan mereka.. Masa balik ade acara wajib kalau lalu highway PLUS dari utara..kena singgah beli buah. Biasanya saya stop kat RnR Rapah, tapi kali ni pilih untuk stop RnR Bukit Gantang.. beli la sikit buah tangan dan jamah durian buat lepas rindu kat tekak..hik hik.
Alhamdulillah, selamat sampai KL malam tu jugak. Jadi, saranan saya.. tak perlu pening nak pikir tempat grand2 je untuk keluar bercuti.. sebab yang penting kita sendiri kena enjoy dan luang masa berkualiti dengan keluarga. Bukan tempat tu yang kena best.. kita yang kena BEST dulu






“Keep Giving & Smiling | Save Gaza Free Palestine”









































